BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Mengenai PLUMS

Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menawarkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu Ijazah Sarjana (Kerja Kursus dan Mod Campuran) serta Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian kepada calon yang berkelayakan bagi ambilan kemasukan September setiap tahun.

Bagi memenuhi keperluan majikan, PLUMS menawarkan pendekatan pendidikan anjal di mana jadual kuliah adalah di reka bagi memenuhi keperluan golongan berkerjaya manakala para pensyarah PLUMS adalah merupakan tenaga pengajar UMS yang berpengalaman dan juga pensyarah undangan yang berkaitan. Selain itu, program yang ditawarkan oleh PLUMS adalah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan kandungan kursus adalah sama seperti yang diajarkan kepada pelajar sepenuh masa di Universiti ini.

PLUMS telah memulakan operasi secara rasminya pada 1 Disember 2006.  Pusat ini telah diletakkan di bawah pengurusan dan pemantauan UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. iaitu syarikat milik penuh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam meneruskan kesinambungan salah satu fungsi utama Pusat Perkhidmatan Rundingan Latihan (PPRL) iaitu bertanggungjawab sebagai penjana dana kepada UMS dari segi penawaran program-program akademik berterusan dan berkualiti yang ditawarkan oleh Fakulti di Universiti Malaysia Sabah.

Setakat ini PLUMS mempunyai empat (4) pusat pembelajaran di seluruh negeri Sabah iaitu di Kampus UMS Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa UMS Labuan, Kampus UMS Sandakan serta Pusat Pembelajaran Tawau