Kunjungan hormat ke Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
18 Januari 2023 / Menara PTPTN Kuala Lumpur

Timbalan Pengarah Kewangan, Puan Zallifah Bte Shadan mengetuai delegasi Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) kunjung hormat ke PTPTN bersama dua pegawai pengiring, Puan Norliza Binti Abdullah, Pengurus Pentadbiran dan Akademik dan En. Jamli Ikhwan bin Jamil, Penolong Pengurus HEP.

Perbincangan menyentuh beberapa perkara utama dalam isu berkaitan pendaftaran program dan penjenamaan semula PLUMS. Perbincangan turut berkisar tentang potensi jalinan kerjasama yang lebih erat di antara PTPTN dan PLUMS.

Kunjungan tersebut disambut oleh YBhg. Ketua Pegawai Operasi (COO) PTPTN, Puan Mastura Binti Mohd Khalid, Pengurus Besar Kanan PTPTN Puan Umikalsom Binti Mohd Yusoh dan beberapa pegawai PTPTN yang terlibat.